PEMBENTANGAN PROJEK PENYELIDIKAN OLEH PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BAHAN) DENGAN KEPUJIAN

Projek penyelidikan merupakan kursus teras yang perlu diambil oleh semua pelajar yang mengikuti program ini. Kursus ini dijalankan semasa tahun akhir sebelum pelajar menjalani kursus latihan industri. Oleh itu, kursus ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan kajian dengan lebih terperinci dalam sesuatu bidang seperti teknologi kimpalan, metalurgi, komposit, semikonduktor, dan lain-lain. Bermula dengan penulisan kertas cadangan, kemudian pelajar akan menjalankan kajian di makmal dan akhirnya pelajar akan membuat laporan dapatan kajian. Projek penyelidikan ini akan memberi peluang kepada pelajar mengekplorasi bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi bahan.

Pembentangan projek penyelidikan pada tahun ini telah dijalankan secara atas talian akibat pandemic covid-19 sehingga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Garis panduan pembentangan projek penyelidikan diedarkan kepada pelajar supaya membantu pelajar memenuhi keperluan kursus dan mendapat gred yang terbaik. Walaupun pembelajaran di atas talian merupakan cabaran bagi pensyarah dan pelajar, proses pembelajaran dan pengajaran tetap diteruskan oleh pelajar. Kursus ini mampu menjadi nilai tambah kepada pelajar selepas tamat pengajian dan akhirnya meningkat kemampuan pelajar supaya menjadi saintis yang cekap suatu masa nanti.

Disediakan oleh,

DR. ARLINA ALI